Kek kawin Iwan

6:49 AM Edit This 0 Comments »
Kek untuk hantaran kahwin iwan.

Sebelum sepenuhnya siap dihias

Kek yang telah siap sepenuhnya dari pandangan atas

Fokus secara dekat.

Kek ini adalah perisa vanila dan di saluti krim sepenuhnya. Harga kek perkahwinan yang ditempah adalah bergantung kepada berat dan jenis krim serta hiasan yang dikehendaki. Minima harga adalah dari serendah RM50.00. Khidmat penghantaran juga disediakan.

Cuppies for Door Gift / Kek Mini untuk hadiah tetamu

6:21 AM Edit This 0 Comments »
Usaha penyediaan kek mini ini:-

1) Ketika kek cawan mula di masukkan ke dalam oven. Isian adalah penuh mengikut saiz acuan

2) Kek cawan mula naik dan berwarna menarik. Kek yang baik adalah mempunyai sedikit rekahan di bahagian atas.

3) Keadaan kek cawan yang sudah masak sempurna. Kek berwarna keemasan dan mempunyai sedikit rekahan di bahagian atas dan tidak turun.

4) kek cawan disejukkan sebelum di hias dengan krim hiasan.


5) Bagi yang tidak berminat untuk di hias krim, kami juga menyediakan bekas untuk dijadikan sebagai buah tangan kepada tetamu ketika majlis seperti perkahwinan, cukur jambul, hari lahir dan sebagainya. Harga adalah mengikut perisa, saiz, hiasan dan kuantiti.

Ini antara hasil-hasil ciptaan untuk contoh kepada bakal pelanggan :-



Sesiapa yang berminat untuk menempah boleh menghubungi saya melalui email ataupun telefon terus di talian telefon saya. Harga dan kualiti di jamin murah, berpatutan dan puas hati.

Resepi: ROTI MANIS

5:29 AM Edit This 0 Comments »





Bahan2:


500g tepung roti

100g gula kastor

20g susu tepung

15g yis

5g bread improver

250g air

1 ct garam

50g mentega

1 biji telur


Caranya:


Campurkan semua bahan kering kecuali garam, gaul sebati.

Masukkan telur, mentega dan garam.

Tuang air sedikit sedikit sehingga menjadi doh. Lajukan sedikit.


Gaul sampai adunan bersatu.


Rehatkan sehingga kembang dua kali ganda.


Tumbuk adunan untuk keluarkan angin, uli semula dan rehatkan lagi.

Ulang proses tadi.


Bulat-bulatkan adunan menjadi saiz kecil.

Bentuk ikut suka.

Atur atas loyang yang telah di lenser, jangan terlalu rapat.


Biarkan kembang, bakar pada suhu 200 darjah.



~ Selamat Mencuba

Kek Sarawak ~ Sarawak Cakes

2:47 AM Edit This 0 Comments »
Adunan kek yg telah dibancuh akan diberikan warna dan diasingkan ke dalam 3-4 bekas lain nnti untuk memberi warna -warni dan corak pada kek, so adunan kena macam warna lah. 1 Kek ini agak mahal kerana terpaksa menggunakan 1 sakar telur untuk menghasilkan 1 buku kek sarawak yang sedap dan enak.

Kek yang disejukkan sebelum dipotong. Peras strawberri n coklat

Corak kek telah dapat dilihat. Ini perasa asam manis n horlicks

ni salah potong bunga dia jadi x nmpk ler..


Else, latern lain:-
Kek sarawak ini adalah idea yang menarik untuk dijadikan sebagai hantaran selain daripada dihidangkan ketika hari raya dan jamuan hari lahir atau majlis-majlis lain.Kepada yang berminat untuk menempah, boleh menghubungi saya melalui email ataupun di talian telefon saya. Terdapat pelbagai perisa dan corak yang disediakan. Harga adalah mengikut jenis dan kuantiti tetapi dijamin murah dan berpatutan.

Class for bakery and preparing frozen food ~ Kelas bakeri dan penyediaan makanan beku

5:20 AM Edit This 0 Comments »
Sesiapa yang berminat boleh menghubungi saya.

Lokasi adalah pilihan anda samada di tempat anda ataupun di tempat saya.
Minimum penyertaan 1 kelas adalah 6 orang dan maksimum 10 orang.

Penerangan lanjut sila hubungi saya melaui email ataupun telefon.

*************************************************

Interested person do contact me.

Location is depend on u either to be at your place or mine.
Minimum participants are 6 people/class and maximum is 10 people.
One-to-one teaching.

Further information do contact me thru email or telephone.